Monday, November 9, 2009

Sepi Dalam Keriuhan

Hmmm sudah 41 tahun aku bernafas di bumi Allah, sudah banyak kutemui dan sudah banyak juga kulalui. Segala jerit perih kehidupan bersimpang siur dalam lara hidup yang pelbagai jaluran warnanya. Aku percayakan takdir, ketentuan dan qada dan qadar Tuhan. Walau sehebat mana pun kita merancang tapi ketentuan masih di tanganNya. mungkin itulah yang dapat aku jelaskan tentang kehidupan aku di usia sebegini.
Yaaah, aku 'bahagia'.... bersyukur dengan apa yang dianugerahkan. Kerjaya yang sesuai dan menyenangkan, isteri dan anak-anak yang sihat sempurna.... rumah dan kereta yang cukup selesa. Tapi salahkah aku merenung dan menganalisis semula semua ini. Bukan tidak bersyukur tetapi ada perkara-perkara yang membuat akui rasa terkilan. Mengapa hidup aku tidak seperti orang lain. mengapa terlalu banyak ujian yang aku harus lalui dan telan. Sampai bila ujian ini akan terus menerus menikam jantung dan perasaan aku. Sampai bila aku harus bersabar dan bersabar. Entahlah.... aku hanya ingin luahkan apa yang aku rasa selama ini dalam intro blog ini, seorang lelaki yang hidup dengan paradoksnya sendiri...SEPI DALAM KERIUHAN

No comments:

Post a Comment